KAK KIAH SUKA TRAVEL

Friday, May 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 4 - MOUNT HALLA

Pagi2 dah bangun sebab hari ni Kak Kiah, Eti & Kin plan nak memanjat Mount Halla. Mak & Nanny tak ikut sebab diorang nak gi bersoping kat Dongmun Market. Kira kami split lah kali ni.
Bersemangat untuk mendaki!
Takde jugak kami gerak awal. Plan asal kul 7. Tapi owner guesthouse si Martin tu suh bekpes dulu. Dia kata sempat je kalo gerak kul 8. Masa bekpes, Martin bagitau ada sorang mamat Korea ni nak tumpang kami ke Mount Halla. Memandangkan dia sungguh comel, so kami setuju. Ahahaha.. Apatah lagi ari ni tiada makcik yang bole bikin kami stress. Kecik tapak tangan, stadium bola kami tadahkan!
Namanya Sun Woo. Muda lagi baru 28 tahun. Baru grad dari universiti apa tah tak ingat, tapi amek course Acting. Dia ni travel solo je.
Memula tu Eti yang drive. Kak Kiah pun tanya mamat ni leh drive tak. Bila dia tengok Eti bawak slow je, dia pun volunteer nak drive. Hah gile laju dia bawak. Senak2 perut Kak Kiah dibuatnya.
Our driver.. Comel tak?
span lang="MS" style=" mso-ansi-language: MS; mso-no-proof: yes;">Sepanjang perjalanan tu sempat la kami interbiu dia. English dia so-so je, boleh la faham. Dia tanya la kami apa yang kami tau pasal Korea. So kami citer la pasal Running Man la, drama korea la.. Pastu dia cakap dia ni pelakon sebenarnya. Hah!!? Teruja la terus memasing kan. Rupanya dia ni pelakon kanak2 satu masa dulu. Pastu berenti bila belajo. Now dah grad dia ada la berlakon movie.
Tapi Kak Kiah tak kenal la. Tak kisah la kan. Janji retisssssss kau!! Hahaha. Gedik.
Kami plan naik Hallasan ni guna trail Eorimok, which naik dari Hallasan National Park’s Visitors Centre. Untuk masuk takde fee, tapi parking ada fee KRW1800. Perjalanan Eorimok Trail ni sejauh 6.8km, tapi tak sampai la kat crater atas tu. Total perjalanan 6 jam pergi balik. Cuma sampai kat Witsae-oreum Shelter (altitude 1700m), tempat ni pertemuan antara Eorimok trail & Yeongsil trail.
Pose dulu sebelum mendaki
Bismillahirrahmanirrahim... semoga perjalanan kami dipermudahkan..
Pokok2 kat sini masa ni masih togel2, tak banyak tumbuh daun lagi. So agak tak berapa cantik la. Scary lagi ada. Macam Blair Witch Project. Baru sejam jalan rasa dah semput2 mintak nyawa. Cuma Kak Kiah kuatkan hati melangkah. Maklum la bulan 5 nanti nak panjat Gunung KK. Satu persiapan fizikal hapah tak buat. At least kena cuba gak naik Mount Halla ni. Aja aja fighting!
Last2 Kak Kiah berjalan ngan Sun Woo je. Eti pulak dah jauh ketinggalan kat belakang sebab asyik benti2. Kin at least nampak gak bayang dia dari jauh. Masuk level difficult je dah macam nak nangis uols!! Laluan dia berbatu-batu n tak rata. Masa ni Kak Kiah siap azan, baca ayat Kursi, mengucap, berzanji, marhaban terus dalam hati. Si Sun Woo lak rilek je ngan beg berat dia tu.
Untuk mengelakkan kami terasa penat sangat, last2 kami pun berborak2 berdua. Habis segala benda pasal Korea yang Kak Kiah tau, Kak Kiah citer. Nasib baik la mamat ni minat drama, so banyak la benda yang dibualkan. Citer pasal drama2 korea yang Kak Kiah suka macam Deep Rooted Tree, The Moon that Embraces the Sun, The King 2 Hearts, Secret Graden, Love Rain, Marry Me Mary, Iris and banyak lagi. Bila Kak Kiah citer pasal drama Iris, wah terus dia kuarkan hp dia nak tunjuk gambo dia ngan hero drama Iris tu - Lee Byung Hun. Kak Kiah belek2 gambo tu betul la takde rupa cam potosop. Gambo kat wedding sapa ntah. Waaa.. memang btul la kot mamat ni pelakon. Lagipun tiap kali kami bertembung ngan grup2 makcik pakcik Korea yang lain, ramai betul yang tegur dia. Ada ahjumma siap bagi dia cekelat lagi. Kak Kiah kat sebelah tu pun ahjumma tu tak layan haha.. Ye la tau la dia retis kan..
Lepas ketinggian 1400m, akhirnya tiba ke laluan easy. Fuh lega rasanya.. Pemandangan pun lebih cantik, kiri kanan terbentang luas kecantikan ciptaan Allah.
FEEL! TOUCH! CROSS!
Tapi kat sini Kak Kiah dah start bersin non stop. Tak tau la kenapa. Rasanya alah ngan satu pokok ni, macam pokok fir tapi kecik. Tiap kali dekat je ngan pokok ni, mesti bersin punye.
Pokok bersin
Mata air yang sedap ada di sini
Kami rest kejap kat Mansedongsan Hill Observatory. Makan ceklat. Kak Kiah tak bawak mende makanan so Kak Kiah pau Sun Woo hehee.. Sambil2 tu pujuk dia takyah balik ikut Yeongsil, suh dua follow kami je sebab nanti kami nak ke Seogwipo. Dia ni plannya nak ke Pyoseon-meon (Trick Art Museum). So Kak Kiah cakap kalo ikut kami, kami drop kan kat Terminal Bus Seogwipo.. dari situ dia leh amek bas. Kan dah jimat tu. Lagipun better dia drive kot dari Eti, sebab route 1139 untuk ke Seogwipo tu lagi gila berliku2 dari semalam. Plus dia pun mahir dok Korea sejak azali drive left hand side ngan tau undang2 jalan raya Korea kan. Akhirnya dia setuju. Huhuhu.. berjaya jugak kau memujuk Kiah..
Tak lama pastu Kin pun sampai. So kami bertiga pun teruskan pendakian.
Boleh jumpa plak salji kat sini.. jakun terus..
Rehat duluuu...
Sikiiiitttt lagiii....
Come on bebehh..!
Yesss!!!
Alhamdulillah.. Segala puji untuk Allah jua..
Kiah boleh!!
Kat shelter ni ada la tempat jual makan2 tapi cuma ramen (megi) yang diragui kehalalannya. Maka Kak Kiah & Kin cuma beli kopi je. Nasib baik la Kin ada bawak biskut. Dapat la Kak Kiah ngepau haha.
So pada sesapa yang nak mendaki Hallasan ni sila bawak makanan secukupnya ye. Jangan jadik cam Kak Kiah asek ngepau makanan orang hehe..
Kat atas ni matahari terik okeh. Rasa macam nak terbakar muka. Patut la si Sun Woo tu beriye pakai krim masa before naik tadi. Beriye la Kak Kiah mengata dia gay la, metrosexual la sebab pakai krim bagai. Rupanya sunblock uols! Padan muka kau Kiah. Menggelupas la muka pasni.
Dah lepas berehat, kami pun gerak turun. Elok je kami turun, Eti pun sampai. Dia nak follow kami tapi Kak Kiah cakap rugi la, baik naik sikit je lagi sampai shelter.. dah tak jauh dah pun.. Sempat lagi catch up kami nanti..
Rupanya perjalanan turun lagi menyeksakan berbanding mendaki. Macam nak tercabut kepala lutut dibuatnya.
Lama2 terpisah lagi sekali ngan Kin. Cuma Kak Kiah & Sun Woo je.. beriye jalan laju sebab nak cepat sampai kat bawah..
Setelah berhempas pulas menyabung nyawa (pergh over), akhirnya kami berjaya sampai kat bawah.
Hurrrahhh!!
Sementara tunggu Kin & Eti sampai kami lepak dulu dalam keta sambil layan kopi. Sun Woo citer pasal kpop lak. Abis segala lagu korea dia bukak pakai hp dia. Salah satu yang dia rekomen ialah lagu OST drama That Winter the Wind Blows tu.. ala yang pompuan dari SNSD nyanyi tu.. tatau la tajuk..
Tak lama pastu, Kin plak sampai. Yang Eti tak nampak bayang. Lama gak kami tunggu. Masa Kak Kiah sampai kat bawah tu kul 3pm. Tapi dah kul 4+ Eti tak sampai2. Masing2 dah risau sebab patutnya dia takde la jauh sangat dari kitorang kan.. Sun Woo dah risau dah sebab dia plan nak gi Trick Art Museum tu takut tak sempat. Kak Kiah nak call Eti takde pulak no hp dia.
Akhirnya 4.30pm baru Eti sampai. Dari jauh nampak dia berdengkot2 jalan pakai tongkat ngan satu grup ahjumma ahjussi Korea.
Nak tau apa first ayat dia cakap bila sampai kat kereta? “Ahjumma tu cakap your friends are not good, tinggalkan you sorang2”
What the..????
Rupanya dia jatuh masa nak turun tu n grup tu la yang tolong dia, siap picit kaki sume. So, takkan nak salahkan kitorang pasal dia jatuh? Dah tentu dia kat belakang. Lagipun hukum memanjat gunung ni, kita ikut pace kita la.. kalo ko dah slow sebab asek nak benti, takkan ko nak suh orang lain slow gak? Kak Kiah bengang gak masa tu sebab dia nak letak blame kat kami bertiga padahal kitorang cukup risau bila dia tak sampai2. Kalo kena panjat balik untuk cari dia pun kami sanggup, tup2 mulut sesuka hati je tuduh orang. Tapi as usual, malas nak panjang2 kan. Kak Kiah diam je. Boring sebenarnya bila ada spesis2 mood spoiler ni.
Dalam perjalanan ke Seogwipo Sun Woo yang drive. Laju giler. Tapi masa tu masing2 sume tak bercakap pun. Layan perasaan je.. atau mencarut dalam hati (Kak Kiah la tu)..

JEJU-SEOUL - DAY 3 - CHEONJIYEON FALLS

Sebenarnya Cheonjiyeon Falls ni tak masuk dalam plan jugak. Tapi sebab kedudukannya dah dekat ngan restoran kami makan tadi and memasing sume dah nak terkucil mencari toilet, we decided untuk singgah sini. Memang nak cari toilet je la asalnya.
Bila dah selesai urusan toilet, kami pun diskas2 samada nak terus balik or nak masuk Cheonjiyeon Falls ni. Masa tu dah kul 7pm. Tapi tempat ni bukak sampai malam. Mak & Nanny of coz la nak balik terus sebab dua2 muka dah tak larat dah, esp Nanny tu dah macam nak pitam beno. Tapi rasa rugi pulak dah sampai tanak singgah kan. So Kak Kiah, Eti & Kin decide nak masuk gak. Mak2 berdua tu takmo ikut so kitorang suh diorang tido je dalam keta (huhu cam zalim je kan)..
So kami bertiga pun masuk la Cheonjiyeon Falls. Sambil tu masing2 mulut pok pek meluahkan rasa tak puas hati kat Nanny. Hehe sempat lagi ngumpat. Masing-masing sepakat bersetuju sungguh tak sesuai membawak orang2 tua berjalan ikut gaya kami ni. Maybe theyols lebih sesuai ikut travel agent kot, percutian ala2 mak datin orang kaya boleh arah orang itu ini hahaha..
Cheonjiyeon Falls ni maksudnya ‘God’s Pond’. Konon2 dulu selalu ada 7 pari2 turun dari langit dan mandi-manda kat sini. Cheonjiyeon Falls ni pun ada legenda gak, kunun ada dragon dok sini (banyak tul dragon kat Jeju ni ek). Tersenarai antara air terjun yang paling cantik di Korea, Cheonjiyeon Falls ni merupakan National Monument No 27.
Tempat ni bukak sampai kul 11pm, tiket masuk KRW2,000 sorang.
Since masa kami datang ni malam, gambo pun tak berapa cantik la, maklum la kamera pun cap ayam. Apapun sila lah menjamu mata ye..
Motip Kiah memegang idung Pak Dol Hareubang nih? Apakah Kiah mahukan anak lelaki? Kawin pun idok lagi kekeke..
Rasa cam tak best kalo datang sini malam. Better datang siang kot sebab nampak cam banyak pokok2 cantik kat sini plus leh nampak kebiruan air terjun ni. Tak caya? Ha tengok ni gambo Kak Kiah cilok dari internet..
About sejam kat sini, then kami pun keluar. Tengok mak2 berdua tu dah pengsan tido. So kami pun terus gerak balik ke Jeju-do. Kak Kiah plak bengong masa set GPS gi amek route 1131. Ha amek kaw.. Gelap gelita jalan dah le berbukit2, macam ular kena palu lak tu. Perjalanan sejam tu rasa macam lamaaaaaa sangat. Memang cuak gile lah. Nasib baik Eti stedi je drive. Kalo Kak Kiah harus la dah mengucap2 bagai dalam hati.. Sampai guesthouse je Kak Kiah tak tunggu apa, terus masuk dalam selimut. Baju pun tak tukar. Letih giler...

JEJU-SEOUL - DAY 3 - OEDOLGAE & JEJU HALMANG TTUKBAEGI

Restoran seafood yang kami nak pegi tu namanya Jeju Halmang Ttukbaegi. Restoran ni antara yang dilist kan oleh Jeju Tourism boleh dimakan oleh muslims, sebab stok nye pakai ikan bilis bukan daging whatsoeva. So agak konpidenlah Kak Kiah nak bawak mereka ni makan sini.
Jeju Halmang Ttukbaegi (No 19) - Tel : 733-9934
Malangnya alamat takde. Yang ada cuma location dalam peta n no tepon. Bila cari pakai GPS guna ‘location by name’ pun tak jumpa gak. So weols tuju ke Oedolgae dulu sebab kalo tengok map macam dah dekat je. Cadangnya nak tanya la orang2 kat situ nanti.
So dalam kelaparan kami tiba di Oedolgae. Ni actually one of shooting locations untuk drama Jewel in the Palace atau Daejanggeum. Untuk masuk sini free je. Lagipun tengok dari atas je, tak yah turun bawah.
Masa ni Mak memang dah pancit. Dia tanak turun, nak stay dalam keta je katanya. So kami berempat pun pegi la. Memula skali singgah gerai kat situ beli kuih bentuk ikan berinti kacang merah yang nama bungeoppang tu. Dah kelaparan sangat katanya, muka memasing pun dah macam nak pengsan.
Bungeoppang - sedap dimakan panas ketika cuaca sejuk
Then kami snap2 picca. Tak lama pun kami kat sini sebab kesian kat Mak takut tunggu lama. Anyway, ni antara gambo yang diambik.
Oedolgae
Oedolgae ni jugak dikenali dengan nama General Rock. Konon2 masa zaman dulu tentera Mongolia nak datang serang Jeju. General Choe-yeong hiaskan batu tu nampak cam sorang general tentera yang beso. Tentera Mongolia pun tak jadi nak serang sebab takut. Before gerak, gi singgah satu kedai kat situ untuk tanya location restoran tu tadi. Ahjumma kedai tu lak takleh speaking london. Ada sorang oppa tu nak tolong set kan GPS pun tak reti sebab GPS kami in english. Nasib baik la si Eti ni akal dia panjang skit. Since hp dia leh wat call, dia pun call restoran tu untuk dapatkan direction untuk ke sana. Katanya dekat ngan Seogwipo Port and Cheonjiyeon Falls. So kami pun terus tuju ke sana. Rasa2 macam dah betul direction. Tapi sekali tu termasuk lorong kecik lak. Nak teruskan ada pulak kereta parking situ. Nak tak nak kena reverse menyerong. Dah la tepi bukit curam. Untuk membantu Eti, Kak Kiah pun turun la dari kereta. Skali tu Nanny pun turun gak. Nak bagi direction kat Eti suruh reverse tapi marah2 siap jerit2 lagi, as if macam Eti tu lembab sangat and tak pandai bawak keta. Yang Eti lak dah bengang macam tunggu masa nak meletup je.
Drama sungguh masa ni
Kak Kiah masa tu gelak je sebab dah tatau handle drama diorang ni cemana. Last2 Kak Kiah blah gi turun bukit tu sorang2 pakai tangga, sebab Kak Kiah rasa restoran tu macam area2 kat situ. Lantak la diorang nak bercekau bertikam ke apa. Malas nak pikir.
Rupanya betul la restoran tu kat kaki bukit tu je. Cuma takleh parking la kat situ. So Kak Kiah naik atas balik n inform diorang. Masa tu tengok muka Eti & Nanny dah masam macam nak makan orang dah. Eti pun dah start bebel2, dia kata dia tak nak drive balik ni kang. Dia suh Nanny je yang drive. Hai letih dibuatnya. Perut dah lapar ni. Yang tua tak bole nak bersabar, yang muda pulak tak bole nak beralah. Rasa macam nak hanggukkan je kepala dua2 orang tu sekali dengan kepala Kak Kiah.. biar sume pensan..
Kami park dekat2 area Balai Polis and Seogwipo Port sebab kat situ je ada public parking. Jalan sikit la untuk ke restoran tu.
Jeju Halmang Ttukbaegi
Ttukbaegi ni maksudnya periuk tanah so food kat sini dimasak guna periuk tanah la. Kat sini broth nya pakai stok ikan bilis so insyaAllah takde masalah untuk muslims. Bila dah duduk tu apalagi kan.. order lah.. Kami pilih seafood stew sama set untuk sume orang. Lepas order tu tetiba Nanny bagitau Kak Kiah dia tanak makan. Kak Kiah rasa dia geli or tak yakin tempat ni leh makan kot. Apepun memang mengada-ngada kan? Tadi tanak cakap, dah order dah pun. Kak Kiah malas nak layan n tanya apa2 lagi. Kak Kiah iye kan je lah. Kalo tanak makan kang, bahagian dia Kak Kiah makan la. Lantak la kalo kena bayar lebih.
Akhirnya dapat makan korean food.. yeayyy!!
Bila dah sampai makanan, masing2 pun jadi waras semula. Barulah ok skit suasana ada rasa nak gelak2.
Then Kak Kiah tengok Nanny makan jugak. Kak Kiah diam je la malas nak tegur.
Konon tanak makan kan tadi.. hah licin..!
Anyway food dia memang best! Alhamdulillah. Mak punya lah suka. Taste dia kan. Kak Kiah lak jadi suka ngan kimchi white radish kat sini. Masa dulu Kak Kiah try kimchi kat Seoul macam tak sedap je. Kali ni sedap pulak.
Tapi ada satu benda tu kaler putih, rasanya abalone kot dalam stew tu.. eeee tak sedap langsung! Rupa cam jeli tapi keras cam ada kulit kat luar. Bila gigit dalam tu ada cecair rasa sabun. Yuckssss!!! Benda ni je yang Kak Kiah tak nak usik. Lain sume licin dibedal.
Hasil mentekedarah kami
Total cost KRW55,000 untuk 5 orang. Mahal ek? Takpe lah.. sekali ni je pun dapat makan korean seafood. Bila lagi nak rasa.. Lagipun sedap dan berbaloi2..
Lepas makan tu ingatkan dah abis dah perangai buat hal si Nanny. Kali ni dia cakap badan dia panas n tekak dia semacam. Pastu baru cakap dia takleh makan seafood. Eh geram betul lah. Tadi kenapa la tak cakap? Pastu bila food datang kenapa dimakan jugak? Kak Kiah serious tak faham orang cam ni tau. Hal nak makan seafood ni pun dah dicakap sebelum datang Jeju ni lagi. Memang Kak Kiah cakap nak try seafood kat Jeju. Takde lak dia cakap dia alah ke apa. Kalo dia alah, tentu la Kak Kiah tak sajes makan kat sini kan. Dah la ubat pun tak bawak. So Kak Kiah tatau apa masalah dia. Samada memang betul2 tak leh makan seafood or dia memang saja but perangai.
Fedap gila Kak Kiah. Malas nak layan. Amek gambo kat Seogwipo Port lagik best...
Then kami ke Cheonjeyeon Falls pulak... Nasib baik Eti nye mood dah ok nak drive.
Tiada catatan.
Tiada catatan.